photo 20121028020639_eef_20bw_203_large_zps35caef4c.jpg
#10

Kaku-- apabila dipersoalkan agama.
Tetapi mahu masuk syurga.

Terpinga--apabila disoalkan cita-cita.
Tetapi mahu jadi orang berjaya.

Menunduk--apabila disoalkan berjasakah pada ibubapa.
Boleh dikira pahalanya,
Tetapi mahu jadi anak yang berguna.

Dunia kian dewasa, malah manusia tak mampu menjadi luar biasa.
Kenapa? Aku bertanya.
Jadi? Aku menyapa.
Bergerak lah! Aku memaksa.

Merungut aku. Seolah-olah diri ini kempuanan akan kemajuan.

No comments:

Post a Comment